HASIL MASAKAN
4.3.2 Menghidang makanan mengikut kesesuaian.
.....................................................................................................................
MENGHIDANG MAKANAN
TUGASAN PRAMUSAJI
-LANGKAH MENYAMBUT DAN MEMBUAT PESANAN SEBELUM MENGHIDANG
1. Sapa pelanggan dengan senyum saat mereka masuk.
i. Pertahankan kontak mata yang seimbang, tetapi elakkan menatap pelanggan terlalu lama.
ii. Berilah respon dengan sopan.
iii. Tunjukkan tempat duduk pada mereka dengan menggunakan huluran tangan lurus
iv. Bantu masukkan kerusi supaya pelanggan berasa selesa
2. Layani pelanggan di meja dengan senyum dan salam.
i. Perkenalkan diri Anda dan sebut nama Anda dengan jelas.
ii. “HELLO/Assalamualaikum tuan/puan. Terima kasih kerana sudi
makan di sini.
iii. Nama saya ___. Di sini menunya.
iv . Apakah minuman / hidangan yang anda
ingin merasainya?
3. Mencatat pesanan
i. Catat pesanan mengikut pusingan jam kiri ke kanan
ii .Jika ada anak-anak, tanyakan minuman pada mereka dulu, diikuti dengan
wanita dan akhirnya lelaki
iii. Terangkan hidangan istimewa dan promosi terkini yang ditawarkan restoran
iv. Tanyakan apakah ada yang ingin
mereka tanyakan tentang menunya.
v. Jangan tanya dengan terburu-buru.Tanya dalam keadaan sopan dan lemah lembut.
vi. Catat dengan lengkap dan teratur supaya mudah dibaca oleh tukang masak
vii. Bacakan semula catatan pesanan sebelum meninggalkan pelanggan.
viii. Hantar catatan pesanan hidangan ke kaunter mesin pesanan/ tukang masak
4. Menghantar hidangan
i. Hantar hidangan bagi sesebuah meja serentak.
ii. Jika makanan yang dipesan banyak, gunakan 2 atau lebih pembantu atau
gunakan troli .
iii.Jangan membawa pesanan pelanggan meja lain dalam penghantaran yang sama
iv. Jika terdapat masalah beberapa hidangan lewat, jelaskan dengan sopan dan pastikan
hidangan tersebut dihantar secepat mungkin.Jika mereka inginkan yang lain, berikan
cadangan.
v. Sebaiknya, jangan biarkan hingga pelanggan bertanya hidangan mereka lambat disiapkan.
5. Mengambil pinggan,piring,gelas yang telah digunakan
i. Sebelum mengambil piring,pinggan dan sudu garpu yang pelanggan telah siap makan
pastikan untuk bertanya dengan sopan
apakah mereka sudah selesai. Gunakan sopan
santun dan nada bicara yang
sesuai dengan suasana dan pelanggan tersebut.
Biasanya pertanyaan,
“Bolehkah saya bersihkan piring / pinggan ini?”
ii. Jangan sesekali mengambil pinggan atau piring yang masih banyak lauk yang belum
dimakan kecuali diminta oleh pelanggan.
6. Bertanyakan pencuci mulut
i. Bagi hidangan Ala Carte , pencuci mulut dihantar kemudian. Oelh yang demikian, selepas
mengambil piring /pinggan yang telah siap digunakan, tanyakan pesanan pencuci mulut
yang mereka inginkan.
ii. Pastikan perkakasan untuk hidangan pencuci mulut disediakan.
i. Pastikan bil hidangan diletakkan dalam bekas keras atau fail kecil bagi memudahkan
pengguna meneliti kos hidangan yang bakal dibayar.
ii. Ucapkan terima kasih dan tanyakan respon terhadap masakan.
iii. Pastikan anda mengira wang yang dibayar adalah betul atau kad kredit yang diterima.
iv. Minta diri sebelum ke kaunter bayaran untuk mendapatkan resit dan wang baki.
v. Pastikan resit dan baki wang yang akan diberikan mencukupi.
vi. Serahkan resit dan wang baki kepada pelanggan sambil mengucapkan terima kasih
dan undang mereka datang lagi ke restoran anda.
No comments:
Post a Comment