ADVOKASI DIRI
3.2.3 HAK PEKERJA
3.2.3 HAK PEKERJA
1. Hari rehat. Menurut akta ini, setiap pekerja hendaklah dalam setiap satu minggu, dibenarkan satu hari rehat sepenuhnya.
2. Tempoh kerja. Akta kerja menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Pekerja tidak dibenarkan bekerja:
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
3. Kerja lebih masa. Majikan adalah dilarang membenarkan seseorang pekerja
itu bekerja lebih masa melebihi 64 jam dalam satu bulan. Kadar bayaran
kerja lebih masa bagi kerja yang dilakukan pada hari biasa bekerja
adalah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda pada kadar bayaran
setiap jam. Walau bagaimanapun, kadar bayaran bagi kerja lebih masa
pada hari biasa bekerja, hari rehat dan cuti umum adalah berbeza. Ia
adalah hak pekerja di Malaysia.
4. Cuti umum. Akta
kerja menetapkan sepuluh hari cuti umum bergaji iaitu 4 hari cuti umum
ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Empat hari
cuti umum ialah cuti bagi:
i) Hari Kebangsaan;
ii) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang di-Pertuan Besar di negeri di tempat pekerja bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut;
iii) Hari Wilayah Persekutuan;
iv) Hari Pekerja.

5. Cuti tahunan. Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap dan berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya. Seperti berikut:
i) 8 hari jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
ii) 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya adalah di antara 2 hingga 5 tahun;
iii) 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.
6. Cuti sakit. Pekerja yang sakit tidak dikehendaki untuk bekerja. Pekerja tersebut
mesti mengesahkan bahawa dia sakit. Perbelanjaan rawatan atau
pemeriksaan doktor adalah ditanggung oleh majikan. Dalam setahun, pekerja berhak mendapat 12 hingga 20 hari cuti sakit bergaji bergantung pada jangka masa perkhidmatani) 8 hari jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
ii) 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya adalah di antara 2 hingga 5 tahun;
iii) 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.
No comments:
Post a Comment