Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Monday 29 August 2016

MENGEPEK DAN MENGHIDANG MAKANAN- HASIL MASAKAN 4.3.2 Menghidang makanan mengikut kesesuaian.


HASIL MASAKAN

4.3.2 Menghidang makanan mengikut kesesuaian.

.....................................................................................................................

MENGHIDANG MAKANAN

TUGASAN PRAMUSAJI

-LANGKAH MENYAMBUT DAN MEMBUAT PESANAN SEBELUM MENGHIDANG

1. Sapa pelanggan dengan senyum saat mereka masuk.

   i.   Pertahankan kontak mata yang seimbang, tetapi elakkan menatap pelanggan terlalu lama.   
   ii.  Berilah respon dengan sopan.
   iii. Tunjukkan tempat duduk pada mereka dengan menggunakan huluran tangan lurus
   iv.  Bantu masukkan kerusi supaya pelanggan berasa selesa


2.  Layani pelanggan di meja dengan senyum dan salam. 
 i.   Perkenalkan diri Anda dan sebut nama Anda dengan jelas. 
 ii. “HELLO/Assalamualaikum tuan/puan. Terima kasih kerana sudi 
       makan di sini.
 iii. Nama saya ___. Di sini menunya. 
 iv . Apakah minuman  / hidangan yang anda
       ingin merasainya?
3. Mencatat pesanan 


 i.   Catat pesanan  mengikut pusingan jam kiri ke kanan
 ii  .Jika ada anak-anak, tanyakan minuman pada mereka dulu, diikuti dengan
      wanita dan akhirnya lelaki
 iii. Terangkan  hidangan istimewa dan promosi terkini  yang ditawarkan restoran
 iv.  Tanyakan apakah ada yang ingin mereka tanyakan tentang menunya. 
  v.  Jangan tanya dengan terburu-buru.Tanya dalam keadaan sopan dan lemah lembut.
 vi. Catat dengan lengkap dan teratur supaya mudah dibaca oleh tukang masak
 vii. Bacakan semula catatan pesanan sebelum meninggalkan pelanggan. 
 viii.  Hantar catatan pesanan hidangan ke kaunter mesin pesanan/ tukang masak 


4. Menghantar hidangan
i.  Hantar hidangan bagi sesebuah meja serentak.
ii.  Jika makanan yang dipesan banyak, gunakan 2 atau lebih pembantu atau
     gunakan troli .
iii.Jangan membawa pesanan pelanggan meja lain dalam penghantaran yang sama
iv. Jika terdapat masalah beberapa hidangan lewat, jelaskan dengan sopan dan pastikan
     hidangan tersebut dihantar secepat mungkin.Jika mereka inginkan yang lain, berikan
     cadangan.
v. Sebaiknya, jangan biarkan hingga pelanggan bertanya hidangan mereka lambat disiapkan.


5. Mengambil pinggan,piring,gelas yang telah digunakan
i. Sebelum mengambil piring,pinggan dan  sudu garpu  yang pelanggan  telah siap makan 
    pastikan untuk bertanya dengan sopan apakah mereka sudah selesai. Gunakan sopan 
    santun dan    nada bicara yang sesuai dengan suasana dan pelanggan tersebut. 
    Biasanya pertanyaan, “Bolehkah saya bersihkan piring / pinggan  ini?” 
ii. Jangan sesekali mengambil pinggan atau piring  yang masih banyak lauk  yang belum
    dimakan kecuali diminta oleh pelanggan.


6. Bertanyakan pencuci mulut
 i.  Bagi hidangan Ala Carte , pencuci mulut dihantar kemudian. Oelh yang demikian, selepas
     mengambil piring /pinggan yang telah siap digunakan, tanyakan pesanan pencuci mulut
     yang mereka inginkan.
ii. Pastikan perkakasan untuk hidangan pencuci mulut disediakan.
7. Mengambil bayaran

i. Pastikan bil hidangan diletakkan dalam bekas keras atau fail kecil bagi memudahkan
   pengguna meneliti kos hidangan yang bakal dibayar.

ii. Ucapkan terima kasih dan tanyakan respon terhadap masakan.

iii. Pastikan anda mengira wang yang dibayar adalah betul atau kad kredit yang diterima.

iv.  Minta diri sebelum ke kaunter bayaran untuk mendapatkan resit dan wang baki.

v.   Pastikan resit dan baki wang yang akan diberikan mencukupi.

vi. Serahkan  resit dan wang baki kepada pelanggan  sambil mengucapkan terima kasih
     dan undang mereka datang lagi ke restoran anda.






MENGEPEK DAN MENGHIDANG MAKANAN- HASIL MASAKAN 4.3.1 HIASAN MAKANAN

HASIL MASAKAN

 4.3.1 HIASAN MAKANAN


5 Elemen Asas Hiasan

Cipta Rangka Kerja

Mulakan dengan lukisan dan lakaran untuk visualisasi pinggan. Cari inspirasi daripada gambar atau objek. Susun pinggan 'latihan' untuk melatih ciptaan anda.

Kekalkan Keringkasan

Pilih satu ramuan untuk difokuskan dan gunakan ruang untuk meringkaskan persembahan. Susunan tidak teratur mengakibatkan kekeliruan pelanggan terhadap elemen utama.

Seimbangkan Hidangan

Padukan warna, bentuk dan tekstur mengikut kesesuaian untuk tidak menyesakkan pelanggan. Persembahan hidangan tidak seharusnya melebihi rasa dan fungsi.

Dapatkan Saiz Hidangan Yang Betul

Pastikan amaun ramuan yang betul dan pinggan melengkapi hidangan, tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Pilih kadar yang betul untuk protein, karbohidrat dan sayuran untuk mencipta hidangan dengan zat seimbang.

Serlahkan Ramuan Utama

Pastikan ramuan utama menyerlah dan beri perhatian yang sama kepada 'sokongan

contoh hiasan hidangan

hiasan ikan

hiasan daging

hiasan ayam


hiasan gubahan buah-buahan

hiasan ikan bakar

hiasan udang sambal

4.3 HASIL MASAKAN

MENGEPEK DAN MENGHIDANG MAKANAN

4.3  HASIL MASAKAN

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

4.3.1 Menghias makanan mengikut kesesuaian.
4.3.2 Menghidang makanan mengikut kesesuaian.
4.3.3 Menilai hasil masakan sendiri.

.....................................................................................................................

Setelah  menghasilkan makanan, perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

i.  Hiasan makanan
ii. Hidangan makanan

Begi meningkatkan dan mengekalkan mutu persembahan masakan, penilaian
perlu dibuat sama ada penilaian kendiri mahupu  penilaian pakar.






Sunday 28 August 2016

MENGEPEK DAN MENGHIDANG MAKANAN.4.2.2 Menyediakan bahan dan alatan memasak

HIDANGAN SEIMBANG

4.2.2   Menyediakan bahan dan alatan memasak

CONTOH :
a) BAHAN MENGHASILKAN SAJIAN SEIMBANG BERASASKAN MAKARONI













HASIL MASAKAN-SAJIAN MAKARONI





















b) ALATAN MEMASAK













Gambar Hiasan: Aktiviti masakan Guru SKM Masakan dan PPM SMK TAMAN Sutera ,Johor Bahru:
Terima kasih Pn Suri, Pn Zakiah, Pn Nor'Aqidah dan Pn Nor Sharidah atas lakonan)





4.2.1 Menyatakan jenis hidangan seimbang untuk sajian sarapan, minum pagi atau minum petang ( Sambungan)

4.2.1 Menyatakan jenis hidangan seimbang
untuk sajian sarapan, minum pagi atau
minum petang.

CONTOH MENU SARAPAN PAGI  1


 CONTOH MENU SARAPAN PAGI 2



DUA CONTOH MENU HIDANGAN TENGAH HARI

DUA CONTOH MENU MINUM PETANG