Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Monday 21 December 2015

MENGURUS DIRI -BAB 2- PERUBAHAN FIZIKAL SERTA PENJAGAAN KEBERSIHAN BAHAGIAN SULIT

MENGURUS DIRI -


PERUBAHAN FIZIKAL MANUSIA


Manusia tidak hanya mengalami perkembangan ukuran tubuh saja. Akan tetapi, manusia juga mengalami perkembangan fungsi tubuh. Selain bergerak, manusia dapat berkomunikasi dan berfikir.

Manusia mengalami perkembangan dari bayi hingga dewasa. Selanjutnya, sejak dewasa sampai lanjut usia manusia terus mengalami perubahan.

Pertumbuhan pesat dialami manusia sejak bayi hingga remaja. Pertumbuhan terjadi pada tinggi, berat, dan pembesaran  tubuh.

Bayi -ketika  berusia satu bulan, bayi dilihat masih lemah lemah. Namun, apabula berusia lapan  bulan, bayi bertambah sihat ,dan   lincah

Kanak-kanak- Bermula umur 5 tahun,kank-kanak  mengalami perkembangan luar biasa untuk memaksimalkan fungsi tubuhnya. Kanak-kanak  dapat berjalan, berlari, dan menggerakkan tangan dengan baik. Manusia dapat berbicara dan berkomunikasi dengan sesamanya. Kerja otak makin baik sehingga manusia mulai dapat berfikir dan bersikap.

RemajaApabila meningkat usia belasan tahun, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan penting berkaitan perubahan organ reproduksi. Masa ini dipanggil tempoh  pubertas atau akil baligh.

Dewasa -Tubuh manusia dewasa telah sampai pada puncak perkembangan. Manakala ,  otaknya berfungsi dengan  baik. Manusia dewasa dapat memutuskan dan melakukan pilihan terbaik dalam hidupnya.


Tua - Manusia memasuki masa lanjut usia setelah melewati usia 50 tahun. Perubahan yang terjadi sebagian besar kearah penurunan fungsi tubuh. Ketika ini, pergerakan manusia menjadi lebih lambat. Mereka menjadi lebih cepat penat. Manusia yang telah  lanjut usia perlu mendapat rehat  yang cukup untuk menjaga  tubuh mereka. Jika tidak dijaga, mereka akan  lebih mudah diserang penyakit.

Perubahan kepada bentuk badan manusia

1. Dalam kandungan
Perkembangan embrio menjadi fetus

Perubahan  bermula dari persenyawaan hingga minggu ke-40 dalam kandungan


2. Bayi  hingga dewasa

Bahagian tubuh yang mengalami perubahan apabila meningklat remaja 
Perubahan diri tubuh manusia dewasa



Ehsan sebahagian data dan  imej daripada:

Buku Pengurusan Diri Tingkatan 1
Abdul Murad Abd Hamid 

Blog Ruhana Naddzir- Sains Tingkatan 3
http://www.slideshare.net/ruhananadzir/bab-4-31578583

Blog
 http://sdnmuncar02elearning.blogspot.my/2012/08/perkembangbiakan-manusia.html





Sunday 20 December 2015

MENGURUS DIRI- MEMPRAKTIK TATAHIAS DAN TATASUSILA DI DALAM MAJLIS (2) - KETERTIBAN DI MEJA MAKAN

 MENGURUS DIRI

KETERTIBAN DI MEJA MAKAN


                          Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang.  Terdapat juga tetamu yang kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. 

Minum sebelum makan
Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. 

Cara keluar masuk
Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk.



Napkin
Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit

Berbual
Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja

Hidangan
Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri.
Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.

Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan.

Cara menggunakan peralatan
Cara menggunakan peralatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan .


Makanan pembuka selera
Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan.





Sup
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger.

Hidangan ikan



Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang.

Sorbet
Selepas hidangan IKAN , sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain.


Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.

Dessert
Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.

Kopi
Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula.

Merokok dan Vape
Elakkan daripada merokok dan menghisap vape kerana bau dan asap daripadanya akan
mengganggu keselesaan pengunjung lain.

Berjenaka
Jangan berjenaka dan ketawa sekuat hati  semasa makan.Hormati perasaan tetamu lain.

Meninggalkan tempat duduk
Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan

Cara keluar
Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya

Elakkan mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup



Rujukan & Ehsan:

http://www.upak.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=71&menu_id=0&sub_id=101

Saturday 19 December 2015

MENGURUS DIRI- MEMPRAKTIK TATAHIAS DAN TATASUSILA DI DALAM MAJLIS (1)

 MENGURUS DIRI

TATAHIAS DALAM MAJLIS

Maksud Tatahias
  • Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis
  • Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan
Kepentingan Tatahias
Menjaga Imej
  • Imej Organisasi
  • Imej Peribadi


BERSOPAN DALAM MAJLIS
Layanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti :
  • Memberi salam petemuan dan perpisahan
  • Bertutur dengan jelas
  • Tertib dan berbudi bahasa
  • Pamerkan imej yang baik dan disenangi

PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS









Bahagian kepala dan muka
  • Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
  • Make up secara sederhana (Natural Look)
  • Gigi sentiasa bersih
  • Pernafasan tidak berbau
Bahagian badan dan tangan
  • Badan tidak berbau
  • Baju bergosok
  • Baju tercarik dan kelihatan kotor
  • Kuku jari tidak kelihatan panjang
  • Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik
Bahagian punggung dan kaki
  • Seluar / kain tidak bergosok
  • Memakai stokin berwarna terang dan berbunga
  • Kasut kelihatan kelabu
  • Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah terhakis
Tips Tatahias untuk Wanita
  • Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen
  • Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing
  • Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga besar atau terang
  • Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang berwarna lembut cerah
  • Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna pada satu masa
  • Memakai tudung tidak menghalang untuk bergaya
  • Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan formal
  • Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan menggayakannya
  • 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan : Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)
Kekemasan Diri Wanita
  • Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang hari
  • Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas
  • Corak fabrik tidak lebih dari empat warna
  • Penggunaan alat solek tidak keterlaluan
  • Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng
  • jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh dibenarkan (paras lutut)
  • Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau berbunga besar
  • Pastikan anda harmonis dalam berpakaian
  • Elakkn daripada memakai selipar / sandal
  • Solekan muka hendaklah kelihatan natural
  • Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata
  • Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang sama
Kesesuaian Pakaian Lelaki
  • Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
  • Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar)
  • Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
  • Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang
  • Sesuaikan warna tali leher dengan baju
  • Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
  • Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan
  • Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat
  • Stokin putih tidak sesuai dalam majlis
  • Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut
  • Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di kedua belah bahu
  • Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan dipakai pada siang hari sahaja
Kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamu
Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan
  • Baca segera
  • Teliti jemputan 
  • Teliti tarikh, hari dan masa
  • Teliti tempat majlis diadakan
  • Teliti pakaian yang dikehendaki
  • Buat keputusan segera
  • Jawab dengan kad jawapan jika ada
Persiapan bagi menghadiri majlis
  • Tempat majlis hendaklah diketahui
  • Kenderaan dalam keadaan sempurna
Ketibaan di tempat majlis
  • Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya
  • Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi
  • Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan
  • Kad jemputan dibawa jika dikehendaki
  • Penyanbut tetamu : patuhi arahannya
Dalam majlis perasmian
  • Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar jika tak puas hati
  • Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada masalah
  • Meneliti program jika ada
  • Berbual dengan sopan
  • Berminat dengan majlis yang dihadiri
  • Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu sahaja
Majlis Jamuan
  • Minum sebelum makan : tidak gelojoh
  • Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang betul
  • Menggunakan peralatan dengan betul
  • Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan
  • Makan sup dengan tidak berbunyi
  • Berjenaka berpatutan
  • Tidak dibenarkan merokok
  • Elakkan mencungkil dan menggaru
  • Meninggalkan majlis apabila selesai majlis
  • Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang kenamaan dahulu
  • Barang kenangan : jangan diambil
Majlis Tamat
  • Tetamu utama meniggalkan majlis
  • Cara berdiri : menghadap tetamu utama
  • Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya
  • Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliran
Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu
  • Tidak memberi jawapan kehadiran
  • Memberi jawapan lewat
  • Menjawab hadir tetapi tidak hadir
  • Menjawab tidak hadir tetapi hadir
  • Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang
  • Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri
  • Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput
  • Hadir lewat dari masa yang ditetapkan
  • Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai

Rujukan & Ehsan:
http://www.upak.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=71&menu_id=0&sub_id=101

MENGURUS DIRI- MEMPRAKTIK TATACARA BERPAKAIAN DAN TATASUSILA DI TEMPAT AWAM

MENGURUS DIRI

MEMPRAKTIK TATACARA BERPAKAIAN DAN TATASUSILA
 
Dalam kehidupan seharian, terdapat tatacara, atau etika dan tatasusila berpakaian mengikut resam, agama, tempat, masa dan acara.

Di pejabat-pejabat kerajaan , pengunjung dimestikan  berpakaian menutup aurat atau  tidak menjolok mata. Pakaian yang pendek dan singkat tidak dibenarkan malah di mana-mana agensi atau syarikat korporat. Papan tanda tatacara berpakaian tersebut dipaparkan di semua pintu masuk pejabat kerajaan untuk dipatuhi oleh semua pelanggannya.

Walaupun tempat awam seperti pusat membeli belah, pantai, taman permainan, kompleks sukan, dan pasar tidak menetapkan kod etika berpakaian, namun kita perlu menjaga tatasusila berpakaian
Begitu juga di rumah ibadat seperti di masjid dan gereja yang menetapkan adab berpakaian mengikut ketentuan agama masing-masing.

Etika perkaian pelajar universiti

tatasusila berpakaian ketika beriadah

Berpakaian dalam majlis

Tatasusila berkaian di tempat awam

Peraturan pakaian ketika konvokesyen

Peraturan berpakaian di gereja

Etika berpakaian pelawat sekolah

http://fuziahmahadi.blogspot.my/2013/03/etika-pakaian-penjawat-awam.html





Rujukan Ehsan:
http://fuziahmahadi.blogspot.my/2013/03/etika-pakaian-penjawat-awam.html

Wednesday 16 December 2015

MENGURUS DIRI- PENAMPILAN DIRI DENGAN BERPAKAIAN BERSIH DAN KEMAS

MENGURUS DIRI

PENAMPILAN DIRI DENGAN BERPAKAIAN  BERSIH DAN KEMAS

1. Pakaian Dalam 
   Pakaian dalam merupakan bahagian penting melindung
   tubuh badan.  Pakaian badan merupakan pakaian jenis lembut 
   dan elastik seperti coli ( perempuan sahaja) , seluar dalam, 
   dan singlet dalam

2. Pakaian Luar
  Pakaian luar merupakan bahagian penting bagi penampilan diri
 supaya nampak bersih, anggun, dan menarik

Jenis Pakaian Luar

1.Pakaian basahan
2 Pakaian bekerja
3. Pakaian majlis rasmi
4. Pakaian sukan dan riadah
5. Pakaian seragam
Pakaian Hari Kebangsaan
Pakaian rasmi askar


pakaian pramugari


pakaian sekolah
pakaian silat


Pakaian tak rasmi





MENGURUS DIRI - KEBERSIHAN PAKAIAN

MENGURUS DIRI 

KEBERSIHAN PAKAIAN
 
Kebersihan diri berkait rapat dengan kebersihan pakaian. Pakaian umpama pelindung diri kita pada setiap masa. Pakaian akan melindungi diri kita daripada  anasir kotoran dan anasir penyakit .
Justeru, pakaian yang digunakan seharian haruslah sentiasa bersih. Pakaian yang sudah digunakan  perlu dibasuh .Basuhan boleh  menggunakan tangan ataupun mesin basuh.

Cara menjaga kebersihan pakaian

       1. Membasuh pakaian setiap kali selepas digunakan
2. Menggunakan sabun , serbuk atau cecair pencuci yang sesuai
3. Rendam  dahulu pakaian yang terlalu kotor atau sukar tanggal 
  kekotorannya
4. Mencuci dengan teknik yang betul sama ada basuhan tangan
  atau menggunakan mesin basuh.
5. Menjemur pakaian hingga kering agar hilang segala bakteria
6. Melipat dan menyimpan pakaian di tempat yang kering dan
  bersih
7. Menggosok baju sebelum digunakan agar nampak kemas

  dan menarik.
Basuhan tangan














LATIHAN KEBERSIHAN TUBUH DAN DANDANAN DIRI

LATIHAN

MENGURUS DIRI- FUNGSI ALAT DANDANAN DIRI

 MENGURUS DIRI

ALAT DAN FUNGSI ALAT DANDANAN DIRI

1. Pendandan  rambut
    Pendandan  rambut penting bagi menampakkan personaliti seseorang.Rambut yang kemas dan rapi
    menceriakan wajah seseorang. Pendandan rambut yang wangi dan beraroma dapat meningkat
    keyakinan diri si pemakai.


    Terdapat 4 jenis pendandan  rambut iaitu :
    a. Berminyak
    b. Krim
    c. Wax
    d. gel


2. Sikat



    Penggunaan sikat perlu digunakan mengikut jenis rambut yang sesuai sama ada rambut panjang,
    rambut pendek, rambut kerinting  rambut keras.

    Antara jenis sikat yang popular di pasaran ialah:
    a.  sikat bulat, 
    b. sikat lubang di bahagian tengah,
    c.  sikat dengan tapak atau bahagian tengah yang luas 
    d. sikat kusyen iaitu dengan tekstur gigi sikat yang lembut.

    
3. Minyak wangi

    Minyak wangi mempunyai pelbagai jenis sama ada dari Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan sebagainya.

Minyak wangi dari Asia Barat yang terkenal ialah wangian kasturi dan attar.

Manakala Perancis  popular dengan 4 gred minyak wanginya iaitu Eau De Perfume. Eau De Toilette, perfume, dan  cologne


4. Bedak

 Terdapat 3 ketegori bedak iaitu:

   a. Bedak asas cecair -berasaskan air dan minyak. Sesuai untuk semua jenis kulit.

   b. Bedak asas krim -sering menjadi pilihan  kerana memberi liputan yang baik dan senang        
       digunakan serta tahan lama.

   c. Bedak asas dua dalam satu-  memberikan liputan menyeluruh pada wajah dengan sekali sapuan      saja. Ia sesuai untuk wanita yang tidk suka bersolek lama.


bedak cair

Bedak debu

bedak padat (compact powder)

bedak pelembab

bedak batang ( Stick powder)



 Jenis bedak pula terbahagi kepada 4 jenis:

Bedak adalah sinonim dengan kaum wanita. Walaupun begitu tidak semua bedak ini sesuai dengan setiap orang. Ketahuilah jenis-jenis bedak dan cara pemakaiannya.


      a. Loose Powder

      Juga di kenali sebagai bedak tabur dan ianya dalam bentuk yang halus. Dipakai     setelah memakai alas bedak.

     Mudah menyerap minyak di wajah dan menutup pori-pori wajah lebih sempurna.



      b. Compact Powder

     Compact powder berbentuk padat, digunakan setelah pemakaian alas bedak.

     c. Shimmering Powder

      Berbentuk halus, berwarna dan ada serbuk-serbuk yang berkilauan. Biasanya digunakan sebagai sentuhan terakhir.



       d. Two Way Cake Powder
   Memiliki fungsi berganda iaitu sebagai bedak dan foundation. Jika ingin memakai     foundation hanya basahkan span dan span kering jika ingin memakainya sebagai bedak.

       e) Stick powder atau bedak batang
           Dirumus dalam bentuk yang mewah seperti lipstik dan sesuai bagi wanita
           bekerjaya dan melindung wajah dalam jangka masa lama.

   

5. Pencukur

batang pencukur tradisional
pisau pencukur tradisional

Pencukur segera buang beserta pisau

pencukur elektrik


   Terdapat pelbagai jenis pencukur kini iaitu:
   a. Pencukur tradisional menggunakan pisau
   b. Pencukur pakai buang
   c. Pencukur elektrik

6. Gincu
      a. Glosi
Lipstik ini berbentuk transperan dan tidak terlalu menonjolkan warna lipstik tersebut. Ringan dan memberikan kesan  glosi pada bibir.

     b . Matte

Kandungan pigmen lebih banyak yang menyerap cahaya, tapi kandungan minyaknya lebih sedikit. 
    c. Satin
Menghasilkan polesan antara glossy dan matte – warna tetap keluar tanpa efek glossy yang sangat sederhana
    d. Krim
Nampak lembut, tidak berkilat  dan sesuai di iklim sejuk
   e. Transferproof
Sifatnya tahan lama mengandungi  silikon non-volatile dan tidak melekat  di baju atau kulit.


7. Pengering Rambut




   Terdapat 2 jenis pengering rambut iaitu:

   a. Pengering Rambut tangan
   b. Pengering Rambut Serkup.