Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Wednesday, 16 December 2015

MENGURUS DIRI- FUNGSI ALAT DANDANAN DIRI

 MENGURUS DIRI

ALAT DAN FUNGSI ALAT DANDANAN DIRI

1. Pendandan  rambut
    Pendandan  rambut penting bagi menampakkan personaliti seseorang.Rambut yang kemas dan rapi
    menceriakan wajah seseorang. Pendandan rambut yang wangi dan beraroma dapat meningkat
    keyakinan diri si pemakai.


    Terdapat 4 jenis pendandan  rambut iaitu :
    a. Berminyak
    b. Krim
    c. Wax
    d. gel


2. Sikat



    Penggunaan sikat perlu digunakan mengikut jenis rambut yang sesuai sama ada rambut panjang,
    rambut pendek, rambut kerinting  rambut keras.

    Antara jenis sikat yang popular di pasaran ialah:
    a.  sikat bulat, 
    b. sikat lubang di bahagian tengah,
    c.  sikat dengan tapak atau bahagian tengah yang luas 
    d. sikat kusyen iaitu dengan tekstur gigi sikat yang lembut.

    
3. Minyak wangi

    Minyak wangi mempunyai pelbagai jenis sama ada dari Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan sebagainya.

Minyak wangi dari Asia Barat yang terkenal ialah wangian kasturi dan attar.

Manakala Perancis  popular dengan 4 gred minyak wanginya iaitu Eau De Perfume. Eau De Toilette, perfume, dan  cologne


4. Bedak

 Terdapat 3 ketegori bedak iaitu:

   a. Bedak asas cecair -berasaskan air dan minyak. Sesuai untuk semua jenis kulit.

   b. Bedak asas krim -sering menjadi pilihan  kerana memberi liputan yang baik dan senang        
       digunakan serta tahan lama.

   c. Bedak asas dua dalam satu-  memberikan liputan menyeluruh pada wajah dengan sekali sapuan      saja. Ia sesuai untuk wanita yang tidk suka bersolek lama.


bedak cair

Bedak debu

bedak padat (compact powder)

bedak pelembab

bedak batang ( Stick powder)



 Jenis bedak pula terbahagi kepada 4 jenis:

Bedak adalah sinonim dengan kaum wanita. Walaupun begitu tidak semua bedak ini sesuai dengan setiap orang. Ketahuilah jenis-jenis bedak dan cara pemakaiannya.


      a. Loose Powder

      Juga di kenali sebagai bedak tabur dan ianya dalam bentuk yang halus. Dipakai     setelah memakai alas bedak.

     Mudah menyerap minyak di wajah dan menutup pori-pori wajah lebih sempurna.



      b. Compact Powder

     Compact powder berbentuk padat, digunakan setelah pemakaian alas bedak.

     c. Shimmering Powder

      Berbentuk halus, berwarna dan ada serbuk-serbuk yang berkilauan. Biasanya digunakan sebagai sentuhan terakhir.



       d. Two Way Cake Powder
   Memiliki fungsi berganda iaitu sebagai bedak dan foundation. Jika ingin memakai     foundation hanya basahkan span dan span kering jika ingin memakainya sebagai bedak.

       e) Stick powder atau bedak batang
           Dirumus dalam bentuk yang mewah seperti lipstik dan sesuai bagi wanita
           bekerjaya dan melindung wajah dalam jangka masa lama.

   

5. Pencukur

batang pencukur tradisional
pisau pencukur tradisional

Pencukur segera buang beserta pisau

pencukur elektrik


   Terdapat pelbagai jenis pencukur kini iaitu:
   a. Pencukur tradisional menggunakan pisau
   b. Pencukur pakai buang
   c. Pencukur elektrik

6. Gincu
      a. Glosi
Lipstik ini berbentuk transperan dan tidak terlalu menonjolkan warna lipstik tersebut. Ringan dan memberikan kesan  glosi pada bibir.

     b . Matte

Kandungan pigmen lebih banyak yang menyerap cahaya, tapi kandungan minyaknya lebih sedikit. 
    c. Satin
Menghasilkan polesan antara glossy dan matte – warna tetap keluar tanpa efek glossy yang sangat sederhana
    d. Krim
Nampak lembut, tidak berkilat  dan sesuai di iklim sejuk
   e. Transferproof
Sifatnya tahan lama mengandungi  silikon non-volatile dan tidak melekat  di baju atau kulit.


7. Pengering Rambut




   Terdapat 2 jenis pengering rambut iaitu:

   a. Pengering Rambut tangan
   b. Pengering Rambut Serkup.

No comments:

Post a Comment