Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Sunday 20 December 2015

MENGURUS DIRI- MEMPRAKTIK TATAHIAS DAN TATASUSILA DI DALAM MAJLIS (2) - KETERTIBAN DI MEJA MAKAN

 MENGURUS DIRI

KETERTIBAN DI MEJA MAKAN


                          Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang.  Terdapat juga tetamu yang kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. 

Minum sebelum makan
Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. 

Cara keluar masuk
Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk.



Napkin
Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit

Berbual
Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja

Hidangan
Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri.
Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.

Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan.

Cara menggunakan peralatan
Cara menggunakan peralatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan .


Makanan pembuka selera
Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan.





Sup
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger.

Hidangan ikan



Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang.

Sorbet
Selepas hidangan IKAN , sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain.


Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.

Dessert
Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.

Kopi
Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula.

Merokok dan Vape
Elakkan daripada merokok dan menghisap vape kerana bau dan asap daripadanya akan
mengganggu keselesaan pengunjung lain.

Berjenaka
Jangan berjenaka dan ketawa sekuat hati  semasa makan.Hormati perasaan tetamu lain.

Meninggalkan tempat duduk
Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan

Cara keluar
Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya

Elakkan mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup



Rujukan & Ehsan:

http://www.upak.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=71&menu_id=0&sub_id=101

No comments:

Post a Comment