Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Friday 19 February 2016

MENGURUS DIRI - TUBUH BADAN ANDA

MENGURUS DIRI - TUBUH BADAN ANDA
 
Standard Kandungan 1.2
Standard Pembelajaran: 1.2.1 Mengenal bahagian sulit dan pada tubuh

Tuhan telah mencipta manusia kepada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza walaupun fungsinya sama. Setiap  anggota mempunyai fungsi masing-masing seperti alat bernafas , pemakanan, berfikir, menghadam, reproduksi ,perkumuhan dan sebagainya.
Alat sulit merupakan bahagian anggota yang berfungsi bagi melakukan aktiviti seksual manusia .
Alat sulit lelaki ialah:
1. testis
2. penis

Alat sulit perempuan:
1. payudara
2. vagina

  Alat sulit lelaki (penis dan testis)  dan wanita (vagina)  berfungsi sebagai alat reproduksi pembiakan manusia.