MENGURUS DIRI
TATAHIAS DALAM MAJLIS
TATAHIAS DALAM MAJLIS
Maksud Tatahias
- Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis
- Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan
Kepentingan Tatahias
Menjaga Imej
- Imej Organisasi
- Imej Peribadi
BERSOPAN DALAM MAJLIS
Layanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti :
- Memberi salam petemuan dan perpisahan
- Bertutur dengan jelas
- Tertib dan berbudi bahasa
- Pamerkan imej yang baik dan disenangi
Bahagian kepala dan muka
- Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
- Make up secara sederhana (Natural Look)
- Gigi sentiasa bersih
- Pernafasan tidak berbau
Bahagian badan dan tangan
- Badan tidak berbau
- Baju bergosok
- Baju tercarik dan kelihatan kotor
- Kuku jari tidak kelihatan panjang
- Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik
Bahagian punggung dan kaki
- Seluar / kain tidak bergosok
- Memakai stokin berwarna terang dan berbunga
- Kasut kelihatan kelabu
- Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah terhakis
Tips Tatahias untuk Wanita
- Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen
- Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing
- Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga besar atau terang
- Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang berwarna lembut cerah
- Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna pada satu masa
- Memakai tudung tidak menghalang untuk bergaya
- Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan formal
- Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan menggayakannya
- 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan : Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)
Kekemasan Diri Wanita
- Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang hari
- Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas
- Corak fabrik tidak lebih dari empat warna
- Penggunaan alat solek tidak keterlaluan
- Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng
- jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh dibenarkan (paras lutut)
- Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau berbunga besar
- Pastikan anda harmonis dalam berpakaian
- Elakkn daripada memakai selipar / sandal
- Solekan muka hendaklah kelihatan natural
- Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata
- Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang sama
Kesesuaian Pakaian Lelaki
- Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
- Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar)
- Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
- Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang
- Sesuaikan warna tali leher dengan baju
- Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
- Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan
- Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat
- Stokin putih tidak sesuai dalam majlis
- Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut
- Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di kedua belah bahu
- Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan dipakai pada siang hari sahaja
Kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamu
Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan
- Baca segera
- Teliti jemputan
- Teliti tarikh, hari dan masa
- Teliti tempat majlis diadakan
- Teliti pakaian yang dikehendaki
- Buat keputusan segera
- Jawab dengan kad jawapan jika ada
Persiapan bagi menghadiri majlis
- Tempat majlis hendaklah diketahui
- Kenderaan dalam keadaan sempurna
Ketibaan di tempat majlis
- Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya
- Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi
- Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan
- Kad jemputan dibawa jika dikehendaki
- Penyanbut tetamu : patuhi arahannya
Dalam majlis perasmian
- Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar jika tak puas hati
- Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada masalah
- Meneliti program jika ada
- Berbual dengan sopan
- Berminat dengan majlis yang dihadiri
- Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu sahaja
Majlis Jamuan
- Minum sebelum makan : tidak gelojoh
- Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang betul
- Menggunakan peralatan dengan betul
- Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan
- Makan sup dengan tidak berbunyi
- Berjenaka berpatutan
- Tidak dibenarkan merokok
- Elakkan mencungkil dan menggaru
- Meninggalkan majlis apabila selesai majlis
- Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang kenamaan dahulu
- Barang kenangan : jangan diambil
Majlis Tamat
- Tetamu utama meniggalkan majlis
- Cara berdiri : menghadap tetamu utama
- Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya
- Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliran
Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu
- Tidak memberi jawapan kehadiran
- Memberi jawapan lewat
- Menjawab hadir tetapi tidak hadir
- Menjawab tidak hadir tetapi hadir
- Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang
- Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri
- Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput
- Hadir lewat dari masa yang ditetapkan
- Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai
Rujukan & Ehsan:
http://www.upak.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=71&menu_id=0&sub_id=101
No comments:
Post a Comment