Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Monday 22 August 2016

ADVOKASI DIRI -3.2.3 HAK PEKERJA

ADVOKASI DIRI

3.2.3  HAK PEKERJA
 

1. Hari rehat. Menurut akta ini, setiap pekerja hendaklah dalam setiap satu minggu, dibenarkan satu hari rehat sepenuhnya.
2. Tempoh kerja. Akta kerja menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Pekerja tidak dibenarkan bekerja:
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
3. Kerja lebih masa. Majikan adalah dilarang membenarkan seseorang pekerja itu bekerja lebih masa melebihi 64 jam dalam satu bulan. Kadar bayaran kerja lebih masa bagi kerja yang dilakukan pada hari biasa bekerja adalah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda pada kadar bayaran setiap jam. Walau bagaimanapun, kadar bayaran bagi kerja lebih masa pada hari biasa bekerja, hari rehat dan cuti umum adalah berbeza. Ia adalah hak pekerja di Malaysia.
4. Cuti umum. Akta kerja menetapkan sepuluh hari cuti umum bergaji iaitu 4 hari cuti umum ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Empat hari cuti umum ialah cuti bagi:
i) Hari Kebangsaan;
ii) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang di-Pertuan Besar di negeri di tempat pekerja bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut;
iii) Hari Wilayah Persekutuan;
iv) Hari Pekerja.
5. Cuti tahunan. Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap dan berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya. Seperti berikut:
i) 8 hari jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
ii) 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya adalah di antara 2 hingga 5 tahun;
iii) 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.
6. Cuti sakit. Pekerja yang sakit tidak dikehendaki untuk bekerja. Pekerja tersebut mesti mengesahkan bahawa dia sakit. Perbelanjaan rawatan atau pemeriksaan doktor adalah ditanggung oleh majikan. Dalam setahun, pekerja berhak mendapat 12 hingga 20 hari cuti sakit bergaji bergantung pada jangka masa perkhidmatan

No comments:

Post a Comment