Featured post

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS

BUKU PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH BAB 1.0       MENGURUS DIRI                      1.1    Pengurus diri da...

Monday, 22 August 2016

ADVOKASI DIRI 3.1 Memanfaatkan kesedaran diri.

ADVOKASI DIRI

3.1 Memanfaatkan kesedaran diri.

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

3.1.1     Mengenal pasti minat, potensi dan matlamat diri.

3.1.2     Mengembangkan minat dan potensi diri melalui penglibatan
             dalam aktiviti.

3.1.3     Menentukan hala tuju dan kerjaya yang hendak dicapai
              mengikut minat dan potensi diri.

3.1.4    Mempamerkan minat dan potensi diri dalam keluarga
            dan organisasi.

......................................................................................................................

MINAT, BAKAT, POTENSI, MATLAMAT DIRI

Jawab soalan berikut dan berikan rumusan  tentang minat,potensi dan matlamat diri anda.

Definisi:

Minat = kecenderungan,kegemaran atau  kesukaan
Potensi=kebolehan,keupayaan, dan  kesanggupan dan kecekapan
Matlamat diri =objektif,sasaran,kehendak


Bil
Pertanyaan
1
Apakah minat  anda?
2
Bagaimana anda memenuhi minat tersebut?
3
Apakah bakat anda?
4
Bidang  kemahiran  yang boleh memberi potensi kepada kejayaan anda?
5
Apakah kelemahan dalam diri anda?
6
Bagaimana anda mengatasi kelemahan tersebut?
7
Siapakah mentor anda?
8
Apa yang anda boleh contohi daripadanya?
9
Apakah cita-cita anda?
10
Bagaimanakah cara anda mencapai matlamat tersebut?
 

MENGURUS BENGKEL 2.6 Rawatan awal bagi kecederaan ringan dan kemalangan di bengkel.

PENGURUSAN DIRI

2.6 Rawatan awal bagi kecederaan ringan dan kemalangan di bengkel.

Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat :

2.6.1  Menyatakan jenis punca kecederaan   ringan dan kemalangan di bengkel.

2.6.2  Melakukan bantuan kecemasan dan rawatan awal untuk luka kecil, terseliuh,
          hidung berdarah, pitam, melecur, renjatan elektrik atau kebakaran kecil.
....................................................................................................................................

FAKTOR TERJADI KECEDERAAN DAN
KEMALANGAN DI BENGKEL

Terdapat 3 faktor kecederaan iaitu:

1. Faktor fizikal
2. Faktor Kemanusiaan
3. Faktor Pengurusan

Faktor Fizikal


·         Pendawaian elektrik
                                i.            Melebihi 40 tahun
                              ii.            Beban berlebihan
                            iii.            Pendawaian tambahan
·         Persekitaran
                                i.            Tidak bersih seperti terdapat tumpahan minyak
                              ii.            Kurang pencahayaan
·         Kebisingan
                                i.            Tahap kebisingan yang tinggi
·         Peralatan dan mesin
                                i.            Tidak diselenggara secara berjadual
                              ii.            Susunan tidak teratur

Faktor Kemanusiaan
·         Kecuaian
                                i.            Kurang tumpuan
·         Kurang pengetahuan
                                i.            Memaksa diri melakukan kerja
·         Kurang pengetahuan
                                i.            Kurang latihan
·         Disiplin
                                i.            Tidak fokus
                              ii.            Bergurau ketika melakukan bekerja
·         Kesihatan
                                i.            Mengantuk
                              ii.            Letih
                            iii.            Fikiran terganggu
                           iv.            Sakit
·         Emosi
Psikologi terganggu

Faktor Pengurusan
·         Peralatan
                    i.    Kurang alat sokongan keselamatan

·         Peraturan
                    i.    Kurang arahan keselamatan yang ditampal
                  ii.    Kurang latihan hadapi kemalangan
                iii.    Kurang kuat kuasa pemakaian yang selamat di bengkel.

Sunday, 29 May 2016

MENGURUS BENGKEL 2.5 Pertolongan Cemas II

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan







Monday, 16 May 2016